SEKAPUR SIRIH
Kayuhan Jelapang Padi 2010 diilhamkan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah kerana diatas minat yang begitu mendalam terhadap sukan berbasikal bukit dan ingin memartabatkan sukan ini dipersada antarabangsa. Kayuhan Jelapang Padi 2010 adalah berkonsepkan kayuhan santai (fun ride) diadakan sempena Karnival Amal Hari Penyayang 2010 anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah pada 21 dan 22 Mei 2010 yang bertempat di Stadium Darul Aman. Jesteru, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah tidak terlepas untuk bekerjasama dengan Yayasan Sultanah Bahiyah bagi menganjurkan Kayuhan ini. Agensi-agensi lain yang terlibat dalam penganjuran ini adalah seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Kedah, Persatuan Pengakap Kelana Laut Negeri Kedah dan Polis Diraja Malaysia.
Walaupun tiada jalan berbukit dan tiada halangan yang mencabar tetapi medan ini dapat menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta serta menguji tahap kecergasan semasa berkayuh. Faktor cuaca yang kini kian tidak menentukan dapat menambahkan ujian kayuhan yang bakal dihadapi oleh para peserta nanti. Para peserta dapat menikmati pelbagai keindahan alam semulajadi dan kesan peninggalan sejarah di beberapa tempat yang bakal dilalui. Secara tidak langsung, melalui kayuhan ini ia dapat meningkatkan promosi pelancongan di Negeri Kedah Darul Aman.
Kayuhan ini juga bertujuan untuk menderma ke Tabung Amal Yayasan Sultanah Bahiyah melalui pendaftaran peserta RM35.00, sebanyak RM5.00 akan didermakan untuk tabung tersebut. "kayuh sambil menderma". Keikhlasan anda amat dihargai. Segala sokongan dan ehsan anda semua amatlah diharapkan demi memartabatkan sukan basikal bukit (MTB) ke persada antarabangsa.

Jom pakat ramai-ramai kayuh sambil menderma...."tiada alasan untuk kayuh"...
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment